Sunday, 14 June 2015

OH NO ! JERAWAT :(



FOBIA CERMIN

Husna nak cerita pengalaman paling tak boleh dihapuskan daripada kotak memori

Namun kini ia jadi PENGALAMAN yang mematangkan & menguatkan

Kisahnya begini

Sewaktu sekolah menengah , start masuk ke tingkatan dua muka husna mula ditumbuhi jerawat. Bukan yg kecil2 tapi jerawat besar yang bernanah

Kenangan pahit waktu tu . Dah la jerawat tu pedih, muka merah2 .

Tangan pula tak reti nak diam. Pantang tengok cermin mulalah nak memicit. Lepas picit bukannya bagi elok. Tapi lagi teruk plus BERPARUT HITAM . Ini memang tabiat yg tak boleh ditiru !

Seriously husna dah try macam-macam skincare tapi satu pun tak berkesan. Ada yg bagi cerah je tapi JERAWAT & PARUT tetap ada.

Masalah berlarutan sampai husna tingkatan lima

Ada sesuatu yang lebih menyedihkan . Bila orang mula tegur husna. Family, kawan2 , saudara-mara semua tegur & tanya kenapa sampai teruk macam ni

Ni mesti sebab bercinta. Ni mesti sebab kuat berangan.

Dorang tak tahu setiap malam husna menangis sebab MALU. tiap malam husna berharap dan berdoa bangun pagi semua jerawat hilang

Sebab tu husna jadi fobia cermin. Tak suka tengok cermin. Tak nak tengok muka sendiri . Bila pergi shopping mall kan banyak cermin. Kadang2 terasa cermin tu mengejek kita ke ? Frust sangat. Tahap keyakinan memang ZERO.

Tapi husna bersyukur sebab ditakdirkan punya pengalaman seperti ni. Husna jadi kuat dan tak peduli cakap orang. Husna selalu fikir, inilah cara Allah nak kuatkan hati aku. Nak uji aku. Nak lihat aku ni sabar atau tidak

Buat mereka yang melihat. Buat mereka yang mengata. Percayalah anda takkan mengerti !
Anda takkan mampu faham selagi anda tak berada dalam kasut orang itu 😢 Jadi, husna sangat memahami sesiapa yang ada masalah yang sama seperti husna .

Alhamdulillah, kini husna pun masih dalam fasa memulihkan semula

Husna berhasrat nak bantu lebih ramai orang untuk dapatkan kulit yang sihat dan terlepas dari masalah kulit yang membelenggu.

SYARATNYA . Anda mesti betul-betul nak bantu diri anda sendiri

Ingat Allah dah berfirman

Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” (Surah Ar-Rad:11)

No comments:

Post a Comment